Selasa, 18 Ogos 2009

AMALAN-AMALAN HARIAN BERDASARKAN HADITH-HADITH SOHIH

Orang islam zaman sekarang ramai yang sudah ada kesedaran tentang pentingnya mengukuhkan amalan2 harian yang dituntut oleh syarak. Masing2 berlumba2 mencari sumber tentang amalan yang di galakkan agama untuk mengukuhkan amalan bahu kanan untuk persediaan sesudah mati. Malangnya ada yang ambil jalan mudah dengan membeli buku2 murahan yang tidak diketahui kesahihannya malah ada yang tidak diketahui siapa penulisnya, Hasilnya nanti amalan2 sunat kononnya yang ditulis oleh mereka itu rupa-rupanya khurafat dan tidak berasaskan hadis2 yang sohih. Maka dengan rendah hatinya saya cuba berkongsi dengan saudara2 semua tentang amalan2 sunat atau fadhilat2 harian berdasarkan hadis2 sohih, Semoga Allah mempermudahkan kita semua dan membuka seluas-luas jalan untuk kita mencari keredhaannya insyaallah.........


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460.
Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Nabi saw. mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu: Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi saw., dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1351.
Dari Abu Musa Asyaari r.a., katanya: Apabila kami bersama Rasulullah s.a.w. kalau sampai di tempat yang tinggi dan di bawahnya terletak lembah, kami tahlil dan takbir dengan suara keras. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Saudara-saudara! Jangan sekeras itu, sesungguhnya kamu tiada mendoa kepada yang tuli dan yang jauh. Sesungguhnya Dia bersama kamu, mendengar lagi dekat. Maha Suci namaNya dan tinggi kekuatanNya".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1456.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Menguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang di antara kamu menguap, hendaklah ditahannya sedapat mungkin. Sesungguhnya jika seseorang di antara kamu mengatakan "ha" lantaran menguap, tertawalah syaitan".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1768.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Saya bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah orang yang amat beruntung mendapat pertolongan engkau di hari kiamat?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku menduga, hai Abu Hurairah, belum pernah ada seseorang pun yang bertanya sebelum engkau tentang ini, kerana kulihat engkau seperti berhasrat untuk memperoleh keterangan (pengetahuan). Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku di hari kiamat ialah orang yang mengucapkan "La ilaha iillallah" (tiada yang disembah selain Allah) dengan ikhlas dari hatinya. "

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1745.
Dari lbnu 'Abbas r.a., dari Nabi saw. yang diriwayatkannya dari Tuhannya, beliau bersabda: Tuhan berkata: Sesungguhnya Allah menuliskan semua kejahatan dan kebaikan, kemudian dijelaskannya: Siapa yang berniat melakukan satu kebaikan dan tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisi-Nya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Kalau orang itu berniat melakukan suatu kebaikan dan hal itu dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipat, sampai berlipat ganda. Siapa yang berniat melakukan suatu kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Tetapi kalau ia berniat melakukan kejahatan dan dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu, satu kejahatan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1108.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Telah pergi tiga golongan dari orang-orang yang sebelum kamu sehingga mereka bertemu dengan sebuah gua tempat bermalam, lalu mereka masuk ke dalamnya. Tiba-tiba sebuah batu besar jatuh dari gunung, lantas menutup pintu gua sehingga mereka terkurung di dalamnya. Kata mereka, "Tidak ada yang dapat melepaskan kalian dari bencana batu ini, melainkan apabila kamu mendoa kepada Allah dengan amal soleh mu." Maka mendoalah seorang di antara mereka, "Wahai, Allah! Aku mempunyai ibu-bapa yang sudah tua. Biasanya aku tidak mahu memberi minum keluarga dan hamba sahaya ku sebelum keduanya selesai minum. Pada suatu hari aku pergi mencari sesuatu, sedangkan aku lama baru kembali, kepada keduanya sehingga mereka tertidur. Aku memerah susu untuk mereka, tetapi ku dapati keduanya masih tidur. Dan aku tidak mahu memberikan minuman itu kepada keluarga dan sahaya ku, sebelum kedua orang tua ku itu minum lebih dahulu. Aku diam menunggu beliau berdua bangun dari tidurnya, sedangkan gelas tetap berada di tangan ku hingga keduanya bangun ketika fajar telah menyingsing. Setelah mereka bangun, lalu ku beri mereka minum dengan minuman yang telah ku sediakan itu. Wahai, Allah! Jika aku berbuat demikian betul-betul kerana mencari redha Engkau, maka bukakanlah bagi kami batu ini di mana kami terkurung di dalam gua ini kerananya." Maka bergeserlah batu itu sedikit, tetapi mereka masih belum dapat keluar. Nabi saw. menceritakan bahawa yang lain mendoa pula. Katanya: "Wahai. Allah! Ada seorang gadis yang sangat ku cintai, ialah anak pakcik ku sendiri. Pada suatu ketika aku mengingini dirinya, tetapi ia menolak permintaan ku. Setelah berlalu setahun lamanya, iaitu ketika menghadapi musim kemarau, ia datang kepada ku dan aku memberikan kepadanya seratus dua puluh dinar, supaya ia mahu lari dengan ku. Permintaan ku itu diturutinya. Tetapi ketika aku telah sanggup hendak menguasainya, ia berkata kepada ku: Tidak aku bolehkan engkau merusak cap kesucian ku, melainkan dengan cara yang benar (hak). Kerana itu aku merasa keberatan melakukan pekerjaan itu lalu aku pergi daripadanya sedangkan dia seorang gadis yang sangat ku cintai. Emas yang telah ku berikan kepadanya ku tinggalkan semuanya. Wahai. Allah! Kalaulah perbuatanku itu telah sesuai dengan keredhaan Engkau, bukakanlah batu ini bagi kami." Maka bergeser pulalah batu itu sedikit, tetapi mereka masih belum dapat keluar dari gua itu. Kata Nabi saw., orang ketiga pun mendoa pula. Katanya: "Wahai, Allah! Aku mengupah beberapa orang pekerja dan telah ku bayar lunas upah mereka, kecuali hanya seorang, kerana ia pergi dan upahnya tinggal. Maka ku tanam upahnya itu sehingga banyak membuahkan harta benda. Kemudian ia datang kepada ku.!" Katanya, "Wahai Hamba Allah! Bayarlah upah ku!" Aku katakan kepadanya, "Semua yang engkau lihat ini adalah upahmu. Unta, lembu, kambing dan biri-biri serta sahaya." Katanya, "Wahai, Hamba Allah! Janganlah engkau memperolok-olokkan ku." Jawab ku, "Sungguh! Aku tidak memperolok-olokkan mu. Maka diambilnya hartanya itu semuanya tanpa satu pun yang ketinggalan. Wahai, Allah! Kalaulah yang demikian itu saya perbuat semata-mata kerana menuntut keredhaan-Mu, bukakanlah pintu gua ini bagi kami, kerana kami terkurung di sini." Maka bergeserlah batu itu sehingga mereka dapat keluar dari gua itu.

Khamis, 6 Ogos 2009

RIALITI IBU TIRI

Dalam filem watak ibu tiri sememangnya digambarkan sebagai seorang yang jahat, pandai berpura-pura, mengambil kesempatan, tamak, pemfitnah dan sebagainya. Kalau ikut statistik cerita orang memang pun ibu tiri macam tu. Tapi tidak dapat juga dinafikan ada ibu tiri yang baik malah lebih baik dari ibu peri...Emmm hakikatnya ibu tiri tu manusia biasa je, tapi kalau sudah nafsu menguasai diri itu yang jadi macam iblis tu...haaa sebelum kita cerita lebih panjang tentang pengalam saya mengenai ibu tiri mari kita tengok rupa salah seorang ibu tiri yang mewarnai diari hidup kami sekeluarga.


Sori le coz tak berapa clear pic dia tu,sekeping tu je pic dia yang saya simpan.

18/08/09 Once open time ago...hehehehe...mau mula buka cerita la bah ni...kita cakap sabah la ba kan baru nampak real. Cerita dia begini, mentua sya ni kahwin sama si jawa rangers tanpa kami ketahui sejarah pertemuan mereka. Adakah dia tu bekas amah cina?,Pendatang haram?, penjual mertabak jawa?penjual bakso?,penjual gado2?, penjual sayap ayam?Penjual jamu?,ataupun penjual body??????...yang penting kami sekeluarga pun tidak tahu. yang penting arwah mentua saya ni menikahi dia beberapa bulan selepas pemergian mentua perempuan saya yang ori. Dia ni perasan tua kasi tua2 diri dia,padahal muda lagi ba dia tu lebih kurang umur saya 23 tahun hehehe..endak ba 33 tahun la. Tapi mengikut sumber risikan saya dia ni lahir tahun 1971 wallahu a'lam. Pada awal penampilan dirinya dalam keluarga kami sudah banyak kepincangan yang kami rasakan,antaranya kalau ada makanan yang sedap2 jawa tu sembunyikan dalam bilik, bila sudah dia kenyang baru dia kasi keluar itu pasal perut dia besar saya ingat bunting.bayangkan la ba softlan pun dia mau simpan dalam bilik macam tinggal di asrama la pulak gaya dia ni. apatah lagi dia ni sering mencari kesilapan dan menabur duri sehinggakan kadang2 timbul pertelingkahan antara ipar2 saya dengan bapa diorang. setahu saya ipar2 saya sudah cukup baik dan tidak suka memanjang kalau ada salah faham, tapi begitulah hakikatnya ibu tiri ada saja cara dia memisahkan ikatan antara anak dan bapa sehinggakan mentua saya tu bersetuju untuk berpindah kerumah kecil di kebun beberapa KM dari rumah di kampung. Maka bermula la episod duka anak2 yatim yang ditinggalkan sendirian tanpa ibu dan bapa di sisi..........
(to be continue...)

Perkauman di sekolah

Asobiah yang wujud dalam dunia sekolah bukan saja berlaku di kalangan guru malah di kalangan pelajar juga amat berleluasa, malangnya perkara ini berlanjutan hingga menyebabkan pertumpahan darah. Salah siapa semua ini berlaku?...Rasanya perkara ini sudah berlanjutan sejak sekian lama. Mungkin perkara ini kurang ketara di sekolah -sekolah bandar, Tapi kalau mengikut pengalaman dan pengamatan saya, saya rasa masalah ini sudah menjadi isu dan masalah utama di sekolah luar bandar terutama negeri sabah yang dihuni oleh pelbagai kaum.

Ahad, 2 Ogos 2009

NASIB SEORANG GURU

Guru (guru untuk rakyat umum),sejauh mana rakyat mempercayai guru untuk mengemudi anak anak mereka. Ada segelintir masyarakat yang amat mempercayai guru sampai ada yang cakap,"cikgu kau pukul saja anak saya ni kalau nakal jangan saja buta sama cacat",wah! sampai begitu sekali. Tapi ada juga ibu bapa yang sebaliknya baru kita jentik sikit anak mereka sudah mereka datang sekolah mengamuk mahu tetak si guru yang berkenaan. walau pun anak mereka sudah terbukti bersalah tetap juga mereka pertahankan habis habisan. Itu pasallah anak-anak zaman sekarang terlebih kurang ajarnya. Apatah lagi undang-undang yang digubal dalam dunia pendidikan semuanya untuk melindungi pelajar hanya sedikit saja yang digubal untuk kepentingan guru,mana tidaknya murid naik kepala. Dalam berita asyik-asyik keluar isu panas kekasaran guru terhadap pelajar tapi pernahkah umum sedar ada berita yang "tangkap muat sahaja" tanpa melihat kesahihannya terlebih dahulu. Maklumlah media masa ni pun tidak boleh dipercayai sangat asal isu panas saja main sumbat terus tanpa soal selidik perkara yang sebenar. Contohnya kes pelajar dicekek oleh guru di salah sebuah sekolah di daerah kota Belud awal tahun ini. Bukan main lagi berita ini disensasikan oleh tv3 tapi setelah disiasat rupa-rupanya kes tersebut adalah fitnah semata-mata dan sudah dirancang untuk menjatuhkan guru tersebut. Aduhai sudah nasib seorang guru mudah sangat diburuk sangka.