Ahad, 2 Ogos 2009

NASIB SEORANG GURU

Guru (guru untuk rakyat umum),sejauh mana rakyat mempercayai guru untuk mengemudi anak anak mereka. Ada segelintir masyarakat yang amat mempercayai guru sampai ada yang cakap,"cikgu kau pukul saja anak saya ni kalau nakal jangan saja buta sama cacat",wah! sampai begitu sekali. Tapi ada juga ibu bapa yang sebaliknya baru kita jentik sikit anak mereka sudah mereka datang sekolah mengamuk mahu tetak si guru yang berkenaan. walau pun anak mereka sudah terbukti bersalah tetap juga mereka pertahankan habis habisan. Itu pasallah anak-anak zaman sekarang terlebih kurang ajarnya. Apatah lagi undang-undang yang digubal dalam dunia pendidikan semuanya untuk melindungi pelajar hanya sedikit saja yang digubal untuk kepentingan guru,mana tidaknya murid naik kepala. Dalam berita asyik-asyik keluar isu panas kekasaran guru terhadap pelajar tapi pernahkah umum sedar ada berita yang "tangkap muat sahaja" tanpa melihat kesahihannya terlebih dahulu. Maklumlah media masa ni pun tidak boleh dipercayai sangat asal isu panas saja main sumbat terus tanpa soal selidik perkara yang sebenar. Contohnya kes pelajar dicekek oleh guru di salah sebuah sekolah di daerah kota Belud awal tahun ini. Bukan main lagi berita ini disensasikan oleh tv3 tapi setelah disiasat rupa-rupanya kes tersebut adalah fitnah semata-mata dan sudah dirancang untuk menjatuhkan guru tersebut. Aduhai sudah nasib seorang guru mudah sangat diburuk sangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan